KIMCHI - JJIGAE (KIMCHI STEW) WITH CHICKEN RECIPE

Actually, I had share this photo in my instagram story long time a go. But, I never share the 
recipes. So, let me share with you guys!








Ingredients / Bahan-bahan : (untuk 3 orang makan)

1 ½ cawan kimchi (fully fermented)
* asingkan kimchi dan air perapan kimchi (tapis)
5 ketul isi ayam / bahagian tulang
* saya pilih bahagian bertulang seperti peha, kepak, rib, thigh
3 sudu serbuk cili korea
*disebabkan saya tiada, boleh gantikan dengan 
(cili giling + sedikit cuka + 2 sudu sos ikan)
1 sudu bawang putih yang dicincang
½ sudu halia yang dicincang
½ cawan jus kimchi 
2 cawan air
4 biji tofu 
* saya tak letak sebab takde
2 helai daun bawang
Garam secukupnya
Maggi cukup rasa secukupnya


Cara-caranya :


1. Potong isi / tulang ayam, tofu dan daun bawang  (ikut citarasa masing2)
2. Panaskan periuk, masukkan kimchi (tanpa jus), isi/tulang ayam, serbuk cili, halia, bawang putih, dengan api sederhana sehingga kimchi menjadi lembut dan ayam masak (dalam 5 minit). Masukkan jus kimchi dan air. Masak dengan api perlahan, didihkan, dan tutup periuk selama 15 ke 20 minit sehingga segala rasa meresap kedalam ayam. * tambah air jika perlu
3. Selepas itu, tambahkan tofu dan daun bawang. Kemudian masukkan garam dan maggi cukup rasa secukupnya.
*4. Didihkan sehingga tofu masak dan siap!

Senang je kan? Boleh la hidangkan bersama side dish dan nasi panas.
Makan macam tu je pun sedap.












No comments