PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR (SELADANG) JENDERAK SELATAN PERHILITAN





Too many moments in just 3 months +. All are sweet, I swear! Learn so many things, meet all kind people, and I really love the scents of leave, forest, wood and  the air. Sangat menyegarkan.
So, what I'm doing here?


 I'm here not to visit but to STAY for 3 months! (but saya extend lagi sampai 4 bulan. Hahahahha).

WHY?

Okey, let me share!

One day before hari lapor diri, my uncles and their family, my brother, my mum and my younger sister send me to this place untuk tengok rumah yang disediakan dan bakal tempat I praktikal ni. (Ramai tak? Hahaha, macam rombongan meminang dah rasanya).


Actually, masa apply tempat ni untuk intern, main reason sebab mudah nak balik melawat ayah kat hospital. Sebab masa tu ayah dah stage 3 cancer and nak start buat chemotheraphy. Tapi umur ayah tak panjang. Ayah meninggal masa I final semester kat UMT before VIVA. Masatu tak fikir benda lain pun. PERHILITAN pon tak pernah dengar apatah lagi cawangan dia. Seladang? Sis pernah tengok sekali je masa kat zoo itupun ingat2 lupa. Then, my fakulti approve, dan pihak PERHILITAN pun approve. So, here I am. Masa tu rasa happy sebab dekat so senang nak balik. Habis final exam, seminggu raya nak kene terus lapor diri. Nama je raya tapi tak semangat langsung, sebab 1st time raya tanpa insan yang bergelar ayah.


Otw nak pergi tu, nak kene lalu banyak jugak Felda Jengka (Jengka kan besar)...Last sekali jengka 25 then lalu Felda Jenderak utara tapi papan tanda Jenderak Selatan tak muncul2. Rupa-rupanya Felda Jenderak Selatan tu hujung sekali! Kira memang hujung la.Dah takde Felda dah lepas tu. Dekat dengan perkampungan orang asli. Pastu bila masuk Felda tu, mulala pencarian papan tanda PERHILITAN. Bila nampak papan tanda tu, ada anak panah yang tunjuk ke arah satu lorong kecil. Kami pun masuk la lorong tu, hutan kiri kanan and lalu tanah perkuburan islam. Waktu tu rasa nak nangis pun ada, rasa macam nak lari balik. Sampai kat situ, nampak kawasan tempat kecik je...office pon beberapa langkah je dari rumah yang sis akan stay. Waktu tu la 1st jumpa abang Zul, one of the staff kat situ, dia yang banyak tolong berkaitan rumah semua tu sebab hari cuti kan. Tapi rumah staff kat dalam tu jugak.


Tapi!!!!! Ada tapiii kkkk....tepi rumah yang I akan stay tu...tanah perkuburan tadi. Walaupun lindung dengan rumput tinggi, tapi still nampak batu nisan dari jauh😌. Waktu tu macam2 benda I fikir. Boleh ke I duduk sorang2 kat sini???? (Yesss, I baru dapat tau yang I the only student yang intern kat sini untuk sesi kali ni). Rumah dia seriously seram! Macam rumah lama yang kene tinggal. Pakngah I pon risau. Pintu kunci utama rosak, tapi It's okay bos I and abang zul dah tolong betulkan. (And atas faktor keselamatan, pihak PERHILITAN benarkan my mum teman).  Bunyi kipas rosak waktu malam. Lampu bilik air yang selalu terbakar. Cerita-cerita seram dari staf yang suka mengusik. Tapi  Alhamdulillah, Allah permudahkan. And I'm survive!


Dan siapa sangka, tempat tu la yang I selalu rindu. Orang2 kat sana, walaupun ada 9 orang je pekerja, semunya baik2, diorang la yang banyak bantu sis. Duduk sana sangatla aman. Bangun pagi hirup udara segar, bunyi burung2, sejuk je. Lari kene kejar Seladang😂, tiap2 pagi berperang dengan rasa takut nak hadap seladang yang diberi nama Waja.  Garangnya tuhan saja yang tau😂. Itulah hidup, kita tak takut bila naik kapal terbang sedangkan kita tak kenal pon siapa pilotnya. Tapi kenapa ki ta takut untuk lalui kehidupan sedangkan kita tau Allah pengemudinya! Dia yang Maha Mengetahui. I datang kesini dengan pelbagai rasa negatif , tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Disini, banyak benda I belajar, dan I jumpa orang yang baik-baik. Semunya telah ditentukanNya. Percaya pada Dia! In Sha Allah hidup kita akan sentiasa dipermudahkanNya dan hati sentiasa tenang menghadapi segala ujian. Nak cerita segala pengalaman dalam entry yang sama macam panjang sangat. Nanti yang membaca bosan pulak. So, I akan sambung in my next entry. STAY TUNED. 


Lots of love,
FZ's


















No comments